Asal Usul Koko
Sejarah koko telah ditemui semenjak 600 Tahun Masihi. Sejarah ini bermula apabila kaum Maya yang tinggal di Lembah Amazon mula menanam pokok koko disekitar kawasan mereka. Kemudian barulah berkembang ke Kaum Aztec melalui aktiviti perdagangan pada ketika itu.
Masyarakat Maya dan Aztec menggunakan biji2 koko sebagai bahan minumanyang dikenali sebagai CACAHOATL. Koko dianggap sebagai makanan dewata dan turut digunakan sebagai mata wang dalam sistem pertukaran wang pada ketika itu.
Nama saintifik koko adalah "Theobroma Cacao" daripada kepercayaan keagamaan kaum Maya dan Aztec. Theobroma bermakna makanan dewata. Kedua2 kaum ini mengaitkan koko dengan "Ek Chuan", tuhan perdagangan, kaum Aztec pula dikaitkan dengan "Quetzalcoat" tuhan pencipta dan tuhan pertanian.
"Cacao" pula berasal daripada perkataan kaum Maya dan Aztec iaitu "Cacahoatl". Kaum ini mengganggap koko sangat istimewa. Minuman "Chocolatl" hanya disediakan sebagai kinuman Maharaja sahaja.